Izinkan Aku Meluah…

by —(•·÷[(Mrs.ßiñtäñg)]÷·•)— on April 1, 2010

Huh! Sudah lama aku tidak menziarahi teratak indahku ini lantaran masa yang terlalu mencemburiku..Terima kasih kepada sahabat blogger yang sudi menerjah masuk ke teratakku yang kian sepi tanpa tuannya…Kemaafan ku pinta  kerana aku tidak mempunyai kesempatan untuk mencoretkan sesuatu diruangan penaku untuk santapan kamu semua …bagiku ianya bukan lagi keperluan atau kemestian untuk melengkapkan kehidupannku. Terlalu banyak perkara yang bermain dibenak fikiranku yang sampai sekarang belum ku temui jawapan untuk setiap persoalan, terlalu pantas sehinggakan aku tidak tahu mana satu yang harus didahulukan..mungkin TUHAN sekali lagi ingin menguji kekuatan dan kesabaran yang ada dalam diriku sehinggakan aku menjadi insan setabah ni…Untuk orang yang aku sayang semoga kamu tabah menjalani liku-liku kehidupan anggaplah setiap ujian itu rahmat dariNYA. Selagi ada kesempatan buatlah sesuatu yang pernah kita impikan yang dulunya  terbantut lantaran kita asik sibuk memikirkan risiko-risiko yang bakal mendatang…Ingatlah! perkara yang sama xkan datang berulang kali…renungkan dan fikirkanlah..

Juz for my Prenzz..


Aku bertuah mengenali insan sepertimu

Namun hanya untuk seketika waktu

Diluar dari pemikiranku

Tiba-tba semua ini terjadi

Aku terpingga-pingga

Antara sedar atau nyata

Ku harap sekadar mimpi mainan tidur

Rupanya wujud di alam realiti

Maafkan aku

Persahabatan kita tetap tersemat dihatiku

Cuma kita hidup dalam dua dunia yang berlainan

Kau bermain dialam hayalan

Sedangkan aku berpijak dibumi nyata

Mengharapkan kau sedar didunia hayalan

Ciptaanmu sendiri…

Bukan niatku untuk menghindar

Melupakanmu jauh sekali

Aku sedih melihat kau

Sedangkan kau sudah tiada rasa

Apatah lagi untuk memahami diriku

Terlalu perit untuk ku telan

Namu ku gagahi jua untuk melangkah

Menolehmu untuk mengapai tangamu

Tak termampu olehku

Kerana kau dan aku

Sudah saling tidak mengenali..

Tercetus persoalan

Siapa kau sebenarnya..

Mememberikan aku kegembiraan

Lantas merobeknya semula..

Apapun kau tetap sahabatku

Kau begitu mulia  dimataku

Walaupun kau hina dipandangan mereka

Andai suatu hari kau sedar

Aku ada disini sentiasa sudi menjadi sahabatmu..



{ 5 comments… read them below or add one }

sweet.ants April 1, 2010 at 10:04 pm

uit yunk..nape tbe2 aku rase terharu ni??
wlupon kite tdk pnh bertemu di alam nyata
tp kau adalah shbt aku yg paling setia..
aku beruntung mngenali kau! :pink:
.-= sweet.ants´s last blog ..Cik Cemut Dah Tak Manisss =-.

Reply

—(•·÷[(Mr.ßïñtäñg)]÷·•)— April 2, 2010 at 9:49 pm

Hidup ini penuh dengan dugaan… kadangkala apa yang kita tak ingin berlaku, itulah yang bakal terjadi tanpa kita duga.. :sad:

semoga sahabat dinda pulih dari masalah yang dia hadapi… walaupun terasa sukar untuk dipulihkan, tapi tak salah rasanya untuk kita ikhtiar… :happy:

Reply

Comot April 13, 2010 at 9:10 pm

aku berhutang dengannye.. trima kasih kerna memanjangkan umurku tuhan.. aku bersyukur kerna masih hidup setelah hari itu.. moga si dia hidup bahagia bersamanya dan semoga aku dapat terus hidup untuk menebus segala dosa2ku terhadapmu..

Reply

Comot(Aiman) April 22, 2010 at 1:38 am

Dan bilamana dia diam, hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerna tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkira….

Dikala berpisah dengannya sahabat, tiadalah kau berduka..

Kerana yg paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran..

Reply

—(•·÷[(Mrs.ßiñtäñg)]÷·•)— April 27, 2010 at 11:11 am

Persahabatan yang dibina berlandaskan kejujuran..kesetiaan dan saling ada sikap mempercayai antara satu sama lain..Insyallah akan kekal buat selamanya :bighug:

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: