SUKA ITU CINTAKE????

by —(•·÷[(Mrs.ßiñtäñg)]÷·•)— on February 4, 2010

Adakah tapak tanganmu berkeringat,

hatimu berdebar kencang dan suaramu

tersekat di dadamu?

Itu bukan Cinta, itu SUKA.


Adakah kamu tidak dapat melepaskan

pandangan mata darinya?

Itu bukan Cinta, itu NAFSU.


Adakah kamu menginginkannya kerana kamu

tahu ia ada di sana?

Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.


Adakah kamu mencintainya kerana itulah

yang diinginkan semua orang?

Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.


Adakah kamu tetap mengatakan kamu

menyintainya kerana kamu tidak ingin

melukai hatinya?

Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kamu menjadi miliknya kerana

pandangan matanya membuat hatimu melompat?

Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.


Adakah kamu memaafkan kesalahannya

kerana kamu mengambil berat tentangnya?

Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.


Adakah kamu mengatakan padanya bahawa

setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?

Itu bukan Cinta, itu DUSTA.


Adakah kamu rela memberikan semua

perkara yang kamu senangi untuk

kepentingan dirinya?

Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.


TETAPI :butterfly:


Adakah kamu tetap bertahan kerana

campuran antara kesakitan dan

kegembiraan yang membutakan dan tak

terfahami … menarikmu mendekati dan

tetap bersamanya?ITULAH CINTA.


Apakah kamu menerima kesalahannya kerna

itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?

Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu tertarik dengan orang lain

tapi setia dengannya tanpa penyesalan?

Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu menangis kerana kesakitannya

walaupun saat itu dia kuat?

ITULAH CINTA.


Adakah hatimu sakit dan hancur ketika

dia bersedih?ITULAH CINTA.


Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?

ITULAH CINTA.


Adakah matanya melihat hatimu dan

menyentuh jiwamu begitu mendalam

sehingga menusuk?Yang demikian

itulah namanya

CINTA.


Adakah kamu rela berkorban kehilangannya

Untuk kebaikannya

walaupun kamu tidak boleh hidup tanpanya

ITULAH CINTA.


Kamu mengalirkan airmata kesyukuran

Melihat orang yang kau sayangi gembira

Sedangkan dikau berduka..

ITULAH CINTA


Walupun dia bukan milikmu

Kamu selalu mendoakan yang terbaik buatnya

ITULAH CINTA.


Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .


Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….


Benarkan kata orang cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

{ 10 comments… read them below or add one }

hemy February 4, 2010 at 3:59 pm

cinta ni subjektif..bergantung pada banyak faktor =]
.-= hemy´s last blog ..when you just forgot, try to make it happen rather than giving excuses =-.

Reply

—(•·÷[(Mrs.ßiñtäñg)]÷·•)— February 4, 2010 at 6:17 pm

Cinta adalah bahasa yang sukar dimengertikan :sigh:

Reply

budakhutan February 4, 2010 at 7:36 pm

Cinta itu sayang…
sayang itu mengerti
mengerti itu memahami
memahami itu pasrah
pasrah itu duka
duka itu parah…

parah jika cinta terluka…
.-= budakhutan´s last blog ..Dapat Duit Online ? =-.

Reply

—(•·÷[(Mrs.ßiñtäñg)]÷·•)— February 5, 2010 at 12:53 pm

Wahh budakhutan sure banyak pengalaman ni… :blushing:
cinta yang kecundang itu amat memeritkan hatikan..
tapi dari sanalah kita belajar apa yang dinamakan CINTA.. :love:

Reply

—(•·÷[(Mr.ßïñtäñg)]÷·•)— February 5, 2010 at 1:06 pm

Kanda rasa agak pelik dengan kenyataan ni dinda… hihi…

“Adakah kamu tertarik dengan orang lain
tapi setia dengannya tanpa penyesalan”

Kenapa kita mesti tertarik dengan orang lain sedangkan kita tahu yang cinta kita hanya pada si dia? Sekali baca mmg akan nmpk macam tu kot.. kalau diberi penghayatan, lain lak maksud dia..

tp persoalannya perlukah kita tertarik pada orang lain? seolah² kita menimbulkan keraguan pada diri sendiri.. bagaimana pula kalau si dia tahu yang kita tertarik/suka pada orang lain? apa perasaan dia?

betul ke apa kanda ckp ni cayam? hihihi.. :o hgoon:

***
Suka adalah satu perasaan yang tidak begitu mendalam.. bersifat sementara, terbuka dan mempunyai banyak pilihan.. tatkala kita sudah bosan yang sedia ada, kita akan suka yang ini pula… atau itu.. atau yang satu lagi.. banyak pilihan bukan?

Cinta pula adalah satu perasaan yang sukar di gambarkan dengan kata-kata tetapi kita dapat merasakan kehadirannya.. merasakan bertapa sayangnya kita pada si dia.. sepenuh hati kita.. sanggup berkorban/melakukan apa sahaja demi cintanya..

Janganlah pula bertindak sehingga menghancurkan cinta yang kita miliki..

Cinta itu suci..
Cinta itu indah..
Cinta itu buta..
Cinta itu istimewa..
Cinta itu nur..
Cinta itu tulus..
Cinta itu agung..
Cinta itu normal..
Cinta itu gila..
:heehee: :o hgoon:

Cinta itu cinta…

Cinta Adam pada Hawanya..
Cinta Kanda pada… :blushing:
:sayang:

Reply

—(•·÷[(Mrs.ßiñtäñg)]÷·•)— February 5, 2010 at 2:15 pm

Ada kebenarannya gak kata2 kanda tu..dalam percintaan xkan timbul soal penyesalan..tapi seperti yang hemy katakan ianya bergantung pada banyak faktor….Percintaan seseorang lain jalan ceritanya walaupun hakikatnya ingin menunju ke destinasi yang sama iaitu ke jinjang pelamin. Suka dan cinta adalah perkara yang berlainan contohnya dinda suka tengok Farhin ahamd tapi x semestinya dinda cinta dia n xkan mungkin sebab dinda cuma ada 1 hati chewahhh!! :rofl: …Kwn yang digelar sahabat akan tetap jadi sahabat selamanya xkan mungkin kita khianati kepercayaan yang kekasih kita berikan n x de sebab kita perlu balas perasaan dia sebab kita xde hati dengan dia.. :notalking: ..Bila kita sudah melafazkan dia adalah kekasih kita dengan sendirinya dia adalah org yang paling kita sayangi..walaupun kata-kata tak terucap dengan tindakan sudah menyakinkan dia bahwa dialah putera dihati kita… :love:

Yang penting kita ada sikap 3K kan kanda…semuanya boleh diatasi :battingeyelashes:

Reply

sweet.ants February 8, 2010 at 12:01 pm

cinta itu tak semestinya bersama…jgn mnyalahi takdir jika kita tdk berjodoh tp salahkn la diri sdri kerana dlm tempoh mnyintai kita tdk mampu mberi cinta yg sepenuhnya kpd si dia…skurg2nya andai takdir memisahkan kita dan dia mjadi milik yg lain, kita dpt berbangga kerna mnjadi pncinta yg setia biarpun tdk bersatu di hayat ini… :bighug:
.-= sweet.ants´s last blog ..Berjauh Hati =-.

Reply

Zulfadli February 14, 2010 at 10:53 pm

saya amat menyukai apa yang ditulis kerna saya di peringkat menyintai.bukan lagi menyukai :happy: .saya mengaku saya telah membuat silap tapi saya tetap akan menyintai dan menyokong beliau dari belakang walau apa pun yang terjadi.kerna bagi saya,kebahagiaan dan senyumannya amat penting bagi hidup saya.terima kasih kerna telah mengajar saya erti cinta sebenar :happy:

Reply

aizat February 15, 2010 at 6:29 pm

dik tasha..

sweetnye entri ni..camne ble tepikir psl ni? sweet giler..best..
dan yg paling penting, ianya BENAR.. tapi org zaman skang ni
tak sume feel camtu, yg ikut napsu tu bnyk le..

ok take care dik
.-= aizat´s last blog ..Barbeque bersama Rakan-Rakan =-.

Reply

—(•·÷[(Mrs.ßiñtäñg)]÷·•)— February 18, 2010 at 11:14 am

seet.ants.

Tul tu zura cinta x semestinya bersatu..dan jika perpisahan jua yang terjadi itu tandanya kita bukan ditakdirkan untuk bersama redhalah..kerana setiap kejadian dan perlakuan pasti terkandung hikmah disebaliknya :happy:

Zylfadli

Moga kamu berjaya menangi hati gadis yang kamu cintai :love:

Aizat

Hanya orang yang benar2 dilamun cinta yang tahu kebenaran disebalik semuanya itu..wahh bro aizat tengah dilamun cintakew hihihi :battingeyelashes:

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: