AZAM?hanya Hangat2 Tahi Ayam…

by —(•·÷[(Mrs.ßiñtäñg)]÷·•)— on January 1, 2010

:butterfly: Tahun 2009 berlalu pergi meninggalkan pelbagai pengalaman. Ada yang pahit dan ada yang manis, namun hakikatnya bukan pada tahun yang berlalu. Ia adalah pada setiap lembaran hidup yang bertukar wajah dari satu lembar ke satu lembar dan saya percaya anda semua mempunyai banyak detik suka duka dalam perjalanan tahun 2009 :butterfly: dan lebih mengharapkan keadaan akan menjadi lebih baik dan sempurna pada tahun 2010 yang baru menjengahkan diri.


:butterfly: Biar apa pun azam yang anda semaikan dan inginkan untuk tahun ini, ia tidak akan bermakna jika semua itu hanya mainan bibir sahaja tanpa ada perlaksanaan serta strategi yang betul dan apabila ditanya tentang pencapaian azam kamu pada tahun lalu pasti ramai yang akan mengambil masa untuk menjawabnya, :butterfly: kerana masih banyak azam yang ditetapkan masih belum tercapai dan apabila tiba penghujung tahun kita masih gagal untuk menilai semula pencapaian yang diperoleh hasil daripada janji yang dibuat pada diri sendiri ini adalah kerana disebabkan kita bersikap hangat-hangat tahi ayam. Pada awal tahun semua orang bersungguh2 untuk memastikan azam yang dibina berjaya dilaksanakan pun begitu apabila sudah memasuki pertengahan tahun semangat membara tersebut kian pudar.

:butterfly: Sebenarnya kita lebih mudah melaksanakan impian orang lain daripada impian diri sendiri. Sepatutnya kita perlu meletakkan diri kita di senarai paling atas ini bukanlah bermakna kita mementingkan diri sendiri tanpa membuat perhitungan yang lain. Kadang2 kita alpa dan lupa dalam menyenaraikan diri sendiri berada senarai keutamaan :butterfly: Apa yang berlaku ditahun yang sudah2 tidak cukup lagikah untuk menyedarkan kita agar lebih menghargai hidup ini setiap apa yang berlaku jadikanlah ia sebagai satu ikhtibar dan pengajaran agar ianya tidak berulang lagi.

:butterfly: Untuk mencapai apa yang kita impikan bukanlah mudah tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Kita kena tenamkan kekuatan jiwa yang sememangnya terbukti kuat tetapi jika keresahan masih mengusai diri maka kita akan sukar berubah kerana tanpa disedari kita telah memateri diri kepada hal2 yang merugikan walaupun kelihatan indah. Maka hilangkanlah keresahan yang bakal menimbulkan ketidakyakinan kepada ketentuan illahi. :butterfly: Janganlah setiap musibah itu dijadikan alasan untuk menyalahkan diri kerana bagi saya menyalahkan takdir sama dengan menyalahkan Allah SWT kerana perjalanan pentas dunia atas kebijaksanaan Allah SWT yang maha adil . Jalani dan lakonkan kehidupan ini tanpa rasa resah dah gelisah pasti kau akan menenemui sesuatu yang indah.

:butterfly: So camna dengan azam anda tahun lepas ?? Pada yang berjaya mencapai impian saya ucapkan syabas dan tahniah dan yang masih belum tercapai lagi..tak mengapa perjalanan kita masih jauh lagi terlalu banyak ranjau dan onak yang perlu kita tempuhi sebagai manusia yang normal pasti kita tidak mahu kegagalan dalam kehidupan namun kegagalan tetap Allah berikan kepada kita sebagai ujian yang pastinya menuntut kesabaran dan sebagai umatNYA yang lemah terimalah segala ujian dan dengan kesyukuran dan rasa sabar. Percayalah yang Allah tidak akan memberi ujian sekiranya kita tidak mampu menghadapinya, apa yang penting sebelum kita meletakkan azam kita perlu menilai keupayaan fizikal dan prestasi diri sebelum kita meletakan sesuatu azam bak kata pepatah Melayu “Ukurlah baju dibadan sendiri”. :butterfly: Kita seharusnya memastikan azam dibuat itu adalah suatu azam yang realistic dan mengikut keupayaan diri..Nak tau x azam saya dulu apa?? saya nak betemu dengan Puteri Lindungan Bulan surelah takan dapat sebab tu ceta dongeng yang belum pasti kebenarannya..kalau benar pun sure dia sudah tiada dalam dunia ni..so hidup kenalah realistic janganlah berangan yang dah pasti x menguntungkan diri kita…walau apapun, apa yang saya selalui sepanjang Tahun 2009 amat mengembirakan diriku teramat bersyukur diatas anugerah yang diberikanNYA. Selamat Tahun Baru untuk kamu semua..semoga Tahun 2010 lebih baik dari Tahun sebelumnya “amin”.

Firman Allah yang bermaksud

:butterfly: “ Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” :butterfly:

(surah al-Ra’d ayat 11)

Wahh! Serius lak post aq kali ni tertib sungguh budi bahasa yang aq guna..ok..jumpa dilain post lagi… :wave:

:bye:

{ 4 comments… read them below or add one }

—(•·÷[(Mr.ßïñtäñg)]÷·•)— January 1, 2010 at 2:24 am

Sememangnya azam tak akan tercapai tanpa usaha kan… hihi…

Azam dinda camne erk? tercapai x? :P
Azam kanda lak erm… mcm biasa lah erk.. hihihi..

apa² pun taun lepas (2009) bnyk manis dari pahit kan dinda… :blushing:
kanda harap 2010 kanda nak lagi maniss.. :tongue:
semoga apa yg kita impikan tahun ni akan benar² tercapai.. aminn..

Reply

—(•·÷[(Mrs.ßiñtäñg)]÷·•)— January 2, 2010 at 9:25 pm

tul tu kanda xkan tecapai tanpa azam dan usaha yang kuat..
Azam dinda tahun lepas ada yang tercapai ada yang x biselahlah kanda..maybe dalam 5 hanya 3 jee kot yg tecapai selebihnya kena bawa ke tahun hadapan gi hihi..kanda lak camna??

Reply

cik peanut January 5, 2010 at 3:46 pm

selamat tahun baru mrs bintang, wapun dah lewat sangat dah ni..
:wink:
.-= cik peanut´s last blog ..{Live From Sintok:Happy New Year!!} =-.

Reply

sweet.ants January 6, 2010 at 9:15 am

sayang!!
azam lom tercapai ke? ko xtau ke Puteri Lindungan Bulan tu aku lah..
klu ko jmpe aku mknanye azam ko dah tcapai..hihihik

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: