ANDA MEMPERCAYAINYA, ANDA MENGASIHINYA, ANDA MEMUJANYA, PERASAAN ITU MUNGKIN TIMBUL SELEPAS ANDA MELIHAT SEORANG GADIS YANG DAPAT MERUNTUN JIWA ANDA SEBAGAI LELAKI. UNTUK MENDEKATINYA IA UMPAMA JINAK-JINAK MERPATI NAMPAK SENANG DIDEKATI TETAPI APABILA DIDEKATI IA LARI.
Dipenuhi dengan sifat-sifat malu yang terbentuk dalam diri seorang wanita sejak kecil, jarang sekali wanita akan menyuarakan isi hati mereka secara terang-terangan jika mereka menyukai seorang lelaki.
Ada juga sesetengah wanita akhirnya terlepas kerana lelaki yang disukai sudah diambil orang kerana terlambat menyuarakan isi hati. Cuba baca dan fahami, makna yang terbit di bibir seorang wanita takala mereka berkata-kata. “Pembohongan secara halus ini sebenarnya bukan menyuarakan isi hati mereka yang sebenarnya.
1: “SAYA TIDAK TERGILA-GILAKAN AWAK..”
Kalau wanita yang cuba anda pikat menyuarakan ayat sebegini, ia membawa maksud disebaliknya. Ya! saya sebenarnya sangat menyukai dan menggilai awak tetapi saya malu untuk menyuarakannya. Ini kerana mungkin dalam sejarah silam percintaannya, wanita pernah kecewa dengan insan yang bernama lelaki dan tidak hairanlah mengapa ayat sebegitu keluar dari mulutnya. Dia tidak mahu masalah cinta ditolak berulang kali buat sekian kalinya.
Tindakan anda..
Untuk memberi keyakinan diatas segala yang pernah berlaku, ia mungkin mangambil masa yang agak panjang. Dia menolak anda dengan pelbagai alasan seperti sudah ada seseorang dalam hidup, tidak menyukai anda, keluarga tidak menggalakkan mempunyai kekasih dalam usia sebegini dan sebagainya.
Ungkapan di mulut biasanya tidak sama dengan di hati. Kalaulah ini yang berlaku kepada anda , berusaha dan teruslah berusaha kerana apa yang diungkapkannya mungkin tidak sama dengan hatinya. Sifat wanita umpama jinak-jinak merpati didekati ia lari. Kalau anda terus berusaha mungkin wanita idaman akan berada dalam pelukan anda. Kalau payah memperolehi nombor telefonnya minta kepada kawan2 yang baik dengannya. Hantarlah mesej yang menunjukkan anda benar2 bersungguh2 untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Tunjukkanlah bahawa anda benar2 seorang lelaki yang budiman, berbudi bahasa dan segala sifat2 baik untuk membuktikan bahawa anda benar2 menyukainya.
2.“SAYA X KISAH AWAK KELUAR DENGAN KAWAN2
Ada juga ayat timbul sebegini dimana wanita akan bersikap endah x endah dalam tutur katanya. Dia mungkin memberikan anda kebenaran untuk keluar dengan kawan-kawan lelaki tetapi sebenarnya apa yang diungkapkannya itu tidak sama dengan apa di dalam hatinya. Sudah tentu dia membuat andaian anda tidak menyukainya lagi dan terlalu sibuk bersosial dengan kawan2 anda.
Tindakan anda
Bersikap terlalu mengongkong akan menimbulkan satu suasana yang tidak sihat. Nada suaranya membenarkan anda pergi mungkin nampak seperti manis tetapi didalam hatinya, hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.
Sebagai jalan penyelesaian anda perlu berterus-terang dengan memperkenalkan kawan2 anda kepadanya. Ini lebih memudahkan dia mempercayai anda. Malah kalau boleh bawa sekali dirinya. Tunjukkan bahawa anda seorang lelaki yang budiman dimana anda benar-benar jujur kepadanya.
3.SAYA TIDAK BERSEDIA UNTUK MEMPUNYAI KEKASIH BUAT MASA INI”
Seperti biasa, ini antara ayat2 skema yang biasa diungkapkan oleh wanita. Mereka akan menunjukkan bahawa diri mereka tidak bersedia untuk mempunyai kekasih. Mungkin juga kerana kisah silam yang memeritkan sebelum ini menyebabkan mereka serik untuk bercinta lagi.
Tindakan Anda..
Mendapat wanita yang menjadi pujaan hati anda, tidak semudah memberi makan ayam direban. Ia umpama menunggu buah yang tidak juga gugur2, barangkali juga sama dengan mengail ikan di sungai. Kalau bernasib baik, anda mungkin mendapat ikan dan juga buah tetapi ada yang pulang dalam keadaan yang hampa.
Jadi kalau wanita menyuarakan ayat sebegini,, jangan sesekali berputus asa mendapatkan wanita yang anda sukai. Berfikirlah cara untuk menambat hati wanita kerana sifat wanita itu sendiri agak lembut didalam meski pun nampak keras diluar.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak menyintainya jika kamu masih tidak boleh melupakannya.







{ 16 comments… read them below or add one }
salam mrs bintang..
apa khabar? moga ceria selalu..
waaaahh….dah ada entry baru yekk…sunggguhhh! aku tak cinta…haaaa betul ke tak cinta tu? jangan di mulut je cakap tak cinta..tapi di hati sebenarnya cinta…jangan biarkan pasangan anda pergi meninggalkan anda tanpa mengetahui luahan hati anda yang sebenarnya…kelak siapa yang lebih kecewa?
apa pun..moga cinta akan terus mewangi di hati anda bersama yang tersayang..hargailah setiap detik kesetiaan yang telah dicurahkan kerana setiap kemanisan itu pasti ada pahitnya..
bersabarlah menempuhi setiap dugaan dan rintangan mendatang dalam sebuah percintaan..adat bercinta memang banyak pancarobanya..percayalah, cinta itu buta! jangan butakan cinta itu kerana pandangan mata hati tidak kan pernah menipu…PERCAYALAH WAHAI MRS BINTANG..hehe..
wassalam..
walaikum salam cik amy sweet..
Ada betulnya gak apa yang amy katakan tu ermm..ermmm cam ada pengalaman jee ni hihihi..
apapun tq atas komen tersebut. :bighug:
“Anyamlah buih-buih dilaut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai..cinta sebenarnya tidak buta cinta adalah sesuatu yang murni..luhur dan diperlukan..apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan”
“Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya”
Situasi ni sebenarnya boleh berlaku kat sesiapa saja kan dinda? tak kira lelaki ke perempuan… hihi…
Yang penting, kite kena faham maksud tersirat di sebalik apa yang di ucapkan dari mulut si dia… dan buatlah tindakan yang tepat… agar si dia terpikat… chewahhh!!
Kadangkala, mulut berbicara tak sama dengan hati yang berkata-kata…
:hate: :sayang:
Tul tu kanda buatlah tindakan yang tepat..xkisahlah siapa yang mulakan dulu..xsalah kita mencuba dari x mencuba langsung. Yang penting kita bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan…sifat malu kekadang menyekat segalanya takut cinta ditolak dan takut kehilangan orang yang kita sayang..tp fikirlah kita x ungkap pun dia akan hilang gak dari pandagan kita kerana hatinya telah dimiliki seseorang tp itu bukan salahnya sebab kita sendiri tak pernah mencuba kemungkinan dia juga berperasaan sama terhadapmu..tapi jika hatinya telah dimiliki tak perlulh ditangisi mugkin takdir kita x ada untuk bersamanya…doakanlah kebahagiaannya kerana cinta itu x semestinya memiliki.. :happy:
belum ade pengalaman la nk usha awek ni…
duit pn x d nk usha awek x bes la..hehe
tgu kerja kot..insyaAllah..
malas nk pening2 pikir pasal p..
study pn da cukup pening..
tp..info yg bgune..
leh ganti dr fadzillah kamsah kot..huhu
ke..ape yg ko tulis ni..
berdasarkan pengalaman sendiri??hehe :surprise:
Bagus tuu..studi dulew dah keja baru fikir pasal awek..sebab nk dating ke lanja awek xde wit awek lari tauu hihii..
Haha..Point no.3 tu mmg kene la ngan krie.. =P
Salam..Sori bagi pembuka komen dengan gelak tu. Hehe..
Nice blog, as usual..U blog (content & layout) never stops impress me la, dats all I have to say..
Pasal point no.3 tu..Yup, pernah jumpe orang tu..And I’m glad to say dat she’s wif me now..
Mmg susah nak dapat dia..Tau dah, ppuan ni mmg susah difahami..But for me, it’s a challenge..My instinct at dat time, lagi susah nak dapat, lagi susah dia nak tinggalkan kite nanti..
And my instinct was very precise!
Dah dekat stengah taun kot kitorang bersame..Dugaan tu mmg banyak la..I was afraid dat i’m gonna lose her, but on the contrary, she’s so patient. Sabar je ngan sume yg berlaku, n tak pernah pon sebut pasal putus..
Rase btol2 lucky dapat dia. Hehe..Sori dah jadi blog dalam komen blog.. ;P
Wahh!! dah ada kekasih hati upanya en.KRiE ni hihihi harap perhubungan kamu happy sentiasa..yee tasha setuju ngn pendapat Krie..cari pompuan yang susah nak dapat sebab dia akan susah gak tinggalkan kamu..memang terlalu banyak rintangan dan cabaran yang terpaksa kamu hadapi untuk memiliki gadis seperti ini..jika kamu bersungguh-sungguh nescaya ianya akan menjadi milikmu jua dan gadis seperti ini adalah seorang yang setia pada cinta kerana ianya bukan mudah untuk menyintai…mungkin kamu bertuah jika memiliki hatinya… :blushing:
huhu bagi wanita tu knpe nk malu2 kalo da jmpe lelaki yg btul2 baik…nnt rugi melepas huhu…tp ape yg afif nmpk skng kebanyakn pompuan da berani menyuarakan isi hati,bkn sbb ape mgkn sbb byk saingan,hehe ye r laki kn nk pupus..huhu..anyway da jmpe yg serasi cpt2 la sblm nyesal..
pmpuan yg baik untuk lelaki yg baik~
love is complicated~
Wanita melayu terakhir xkan buat perkara camtu..walaupun dia menyukai seseorang namun dia xkan melangkah adat..yelah kata owang nanti perigi mencari timba..tp zaman dah berubah pompuan dah semakin berani..lelaki skg ni pemalu sikit..atau ego kot segan kemachoon diowang tercabar..tp pompuan zaman skg ni mata duitan sikit..sanggup kawen ngn lelaki tua janji poket penuh….dari muke hensem tp poket sengkek&…
aku suke entry ni
ada betulnye ape ko ckp ni tasha…agak terasa la jugak aku huhuh…
tp ko perlu tau btapa leganya aku sbb aku x sempat gtau dia isi ati aku sblm ni…klu dia tau msti malu aku. sbb? sbb aku dah x suke dia…hahaha. kali niserius ok.ko jgn ckp ‘ala ko tu zura mulut je, dlm ati…’ no! no! no! hehehe
jujurnya untuk bcinta lagi aku jd takut.takut bmain perasaan.rase sakit sgt wlupon indah itu dtg…xtau la nape.fobia kot??
Okk..Seyes nii??? xmooo angis2 gii..sbb kalau ko nangis aq pun terikut sumerrrr huuuh!!!emo..emooo…xpelah lalink kumbang bukan seekor..bunga bukan sekuntum pasti ada hikmah disebaliknya..kita kena redha ngn apa yang terjadi, kekadang apa yang kita idamkan x seperti apa yang kita harapkan..bagi peluang someone lain untuk mendekati kita..jangan serik untuk bercinta kerana cintalah yang mengajar kita erti segalanya tanpa cinta kita bukan siapa2..
cinta oh cinta, aku dh makin benci dgn engkau cinta..hehe
.-= x-po´s last blog ..KES BUANG BAYI: SAPE YANG SALAH? LAKI ATAU PEREMPUAN? =-.
mengom ko ni xpo. tanpa cinta, ko pun takkan wujud tau. dan http://ww.xpo.com pon takkan wujud. lempang laju2 kang. Salam ziarah cik tashabella. :bighug:
salam ziarah kembali..tq menerjah masuk ke teratak kita :heehee:
salam ziarah kembali Lady Nass..tq menerjah masuk ke teratak kita :heehee:
{ 5 trackbacks }